Sunday, March 8, 2009

MTP: Relevankah atau Sekadar Boneka??


Majlis Tertinggi Pengurusan (MTP) adalah suatu nama baru buat organisasi baru yang digagaskan oleh pegawai khas kebajikan pelajar Negeri Sembilan, En. Abdul Malik b. Kahar. Seingat saya, usia organisasi ini belum lagi mencecah dua bulan. Kiranya, masih kanak-kanak lagi la. Tujuan ia ditubuhkan adalah untuk membantu meringankan beban tugas pegawai juga sebagai penasihat kepada pegawai (katanya lah). Ia juga suatu alternatif untuk menggantikan Badan Kebajikan Anak-anak Negeri Sembilan (BAKANS) yang dibekukan perjalanannya bermula tahun 2007 yang lalu. Saya sebenarnya hairan, En. Abdul Malik tergerak juga untuk menubuhkan MTP sedangkan beliau dengan bongkaknya dahulu pernah berkata bahawa beban tugas yang ada di sini biarlah dipikul oleh beliau seorang sambil berseloroh dalam salah satu majlis, “Sampai tercabut ye tulang belakang ayah ni.” (Kebetulan beliau ketika itu baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang) kononnya untuk menunjukkan betapa beratnya beban yang dipikul. Kan bagus kalau beliau men’cair’kan kembali pergerakan organisasi BAKANS kerana itu lebih memudahkan tugas beliau berbanding menggagaskan sebuah organisasi baru yang diisi oleh tenaga-tenaga yang masih mentah (tiada pengalaman langsung dalam berorganisasi sehingga masing-masing pening kepala). Bagi saya meneruskan apa yang telah lama dibina lebih baik berbanding mengasaskan sesuatu yang baru apatah lagi diisi oleh tenaga-tenaga yang memang tidak berpengalaman. Kalau diisi oleh tenaga yang berpengalaman (dengan erti kata lain pernah berorganisasi dalam BAKANS), saya masih boleh terima lagi penubuhan MTP. Sekurang-kurangnya ia masih lagi boleh membawa halatuju yang pernah dibawa oleh BAKANS.
Namun dalam posting ini, saya hanya mahu mempersoalkan tentang kerelevenan MTP. Adakah ianya relevan untuk ditubuhkan atau sekadar menjadi boneka En. Abdul Malik? Ini adalah persoalan yang cuba saya rungkai. Kemudian menerusi artikel ini juga, saya ingin mendedahkan betapa En. Malik juga seorang yang tidak profesional walaupun mendabik dada seperti seorang yang pro. Itu kita akan lihat dengan jelas melalui gagasan MTP ini.
Saya telah sebutkan di atas bahawa antara peranan MTP ialah bertindak sebagai penasihat pegawai. Maknanya, ada beberapa pandangan yang boleh diterima pakai oleh pegawai jika ia dikemukakan oleh MTP kerana sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh MTP pasti telah melalui proses mesyuarat. En. Malik tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kuasa veto beliau untuk mengeluarkan sebarang keputusan tanpa mempertimbangkannya terlebih dahulu. Begitu juga, MTP sebenarnya adalah orang tengah antara pegawai dan pelajar dalam menyalurkan sebarang maklumat atau menyuarakan sebarang pandangan. Namun yang berlaku adalah sebaliknya. Ada pihak-pihak tertentu yang berani ‘melangkah bendul’ MTP atau dengan ertikata lain meng’cross’ MTP dengan terus menyuarakan pandangan kepada En. Malik tanpa melalui MTP untuk dipertimbangkan atau diputuskan. En. Malik pula terus menerima bulat-bulat saranan yang dikemukan oleh pihak tersebut tanpa menyerahkannya kembali kepada MTP. Kalau begitu, dalam situasi ini apa peranan MTP? Di mana kuasa MTP? Sehingga sewenang-wenangnya di’cross’ oleh pihak tak bertanggungjawab dan tindakan ini pula diiakan saja oleh En. Malik. Dalam situasi ini, saya melihat ada dua pihak yang bersalah. Pihak yang meng’cross’ MTP dengan terus mengemukakan saranan kepada pegawai tanpa melalui MTP. Tindakan ini sebenarnya mengundang kesan negatif dalam hubungan dua hala antara pelajar dengan MTP. MTP akan merasa dipinggirkan atau diperlekehkan peranannya sedangkan ia diberi kuasa (kononnya) untuk menjadi orang tengah. Pihak kedua pula adalah pegawai yang menerima saranan tersebut tanpa mengembalikannya kepada MTP untuk dibincangkan. Tapi beliau terus buat keputusan sendiri. Dalam kes ini, terang-terangan beliau menunjukkan kuasa vetonya di samping menggambarkan kepada kita betapa beliau tidak profesional. Yang saya nampak, MTP hanya sekadar boneka En. Malik sahaja. MTP boleh nak buat keputusan, tapi belum tentu boleh diterima pakai. Bila En. Malik pula buat keputusan, kena patuh. MTP hanya buat apa yang disuruh oleh En. Malik tanpa dapat nak luahkan apa yang patut dan apa yang tak patut. Tahu kan boneka macam mana? Macam MTP la!
Kemudian dari segi perlantikan ahli jawatankuasa MTP pula, sekali lagi memperlihatkan ketidak profesionalnya En. Malik. Beliau pernah sebut dulu, kalau nak lantik AJK dalam organisasi besar (ketika itu BAKANS belum dibekukan lagi) jangan lantik pelajar yang berada di tahun tiga dan empat dengan alasan kita bagi peluang untuk mereka beri tumpuan penuh dalam pelajaran. Namun dalam perlantikan AJK MTP kali ini, berlaku sebaliknya. Ada dua orang AJK MTP yang sekarang ini sedang menuntut di tahun tiga. Salah seorangnya menuntut di kuliah yang dipenuhi oleh jadual yang padat disebabkan subjeknya banyak. Kenapa En. Malik tak ikut piawaian yang beliau sarankan atau tetapkan? Saya melihat beliau kekurangan tenaga. Tapi tak salah juga kalau lantik yang tahun 1 dan 2 supaya boleh dilatih. Kalau nak lantik juga tahun 3, kenapa tak lantik yang berpengalaman seperti saudara Danial ke (sekadar sebut nama sebagai contoh)? Pasti ada agenda @ muslihat tertentu kenapa beliau tidak berbuat begitu. Sekali lagi: supaya MTP boleh dijadikan boneka beliau.. Kalau pegawai kita ni seorang yang berprinsip, pasti beliau akan ikut garis panduan yang telah beliau canangkan dulu. Kenapa lantik Naim & Hassan (sekadar sebut nama juga) yang dah tahun 3? Kasihan budak 2 orang ni.. Kalau 2 orang ni gagal, kita salahkan En. Malik sebabkan libatkan budak berdua ni dalam MTP sebab dulu dalam salah satu laporan beliau yang dihantar ke MAINS, beliau kaitkan kegagalan pelajar dengan sebab berpersatuan dan berorganisasi. Kemudian beliau tubuhkan MTP pula, sebuah organisasi juga. Libatkan pelajar juga. Jadi kalau kali ini mereka gagal, kita tak salah AJK MTP, tapi salahkan En. Malik. Kena buat laporan khas juga ni..
Kesimpulan mudah, En. Malik memang tak profesional dalam kes ini. Beliau memang hendak menjadikan MTP sebagai boneka. Saya cadangkan kalau ada AJK MTP yang baca posting ni, letak lah jawatan. Anda sanggup ke jadi boneka? Apa perasaan anda bila anda dah elok-elok bincang dalam mesyuarat, dah setuju dan boleh dikeluarkan, tiba-tiba ada orang ‘cross’, kemudian En. Malik terima pula saranan orang tu tanpa pulangkan kembali kepada anda untuk dibincangkan? Keputusan En. Malik pula memang kontra dengan keputusan ‘syura’ MTP, mana satu nak pakai ni?? Kalau saya lah, saya letak jawatan. Anda berani buat?? Anda sendiri pernah terfikir tidak, relevan ke MTP ni? Atau elok kita teruskan BAKANS?....

1 comment:

  1. salam..

    Hm.. kita tengok pulak pegawai baru nanti insyaallah..

    ReplyDelete