Tuesday, March 10, 2009

Antara Kuliah Jin & Kuliah Tafaqquh Fiddin.


vs
















Sekarang ini, ada seorang ustaz (nama dirahsiakan atas sebab keselamatan) sedang giat mengadakan kuliah-kuliah berkaitan perubatan Islam, jin dan yang berkaitan dengannya. Beliau dikatakan menerima jemputan yang agak banyak bagi mengadakan kuliah ini. Ternyata kuliah beliau mendapat sambutan hangat. Sebelum ini, beliau pernah juga mengadakan kuliah mengenai perkara yang sama di Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) dan sambutannya di kalangan para pelajar Negeri Sembilan tidak menghampakan. Jangan salah sangka ye dengan intro ini. Ia tidak berkaitan langsung dengan ustaz tersebut apatah lagi saya tidak menyalahkan beliau atau menuduh beliau membawa ajaran sesat. Ustaz ini hanya menjalankan amanah yang dipikulkan kepada beliau oleh tuan gurunya yang dihormati. Oleh itu, beliau tidak ada kena mengena dengan posting kali ini. Beliau hanya dijadikan pembuka posting saja kerana apa yang akan saya nyatakan sebentar lagi akan ditujukan ke batang hidung pelajar-pelajar Negeri Sembilan sahaja.
Saya telah nyatakan tadi bahawa kuliah ustaz ini mendapat sambutan hangat di kalangan pelajar Negeri Sembilan. Mengapa ye? Kerana ia berkaitan dengan perubatan Islam dan jin serta yang sewaktu dengannya. Biasalah, mentaliti orang Melayu ni memang telah terlatih untuk mudah menerima apa saja yang berkaitan dengan jin. Maklum lah, cerita tentang alam ghaib kan. Cerita pelik. Jadi perkara ini tidak menghairankan jika ia mempengaruhi golongan Azhari juga. Cuma yang saya kesal sangat ialah kuliah-kuliah sebegini diberi sambutan hangat sedangkan kuliah-kuliah tafaquh yang berlangsung di RNSK seperti pengajian Riyadhus Solihin, Syarah Arba’in al Nawawiyyah, Syarah al Arba’in fi Usuliddin, Al Wajiz fi Usulil Fiqh dan Fiqh Sunnah mendapat sambutan yang kurang ‘menghangatkan’. Bilangan yang hadir boleh dibilang dengan jari khususnya dari kalangan siswa. Saya pelik apa hebat sangat kuliah jin berbanding kuliah tafaquh fiddin sehingga mendapat sambutan hangat. Ternyata pelajar kita masih belum mampu hendak membuang perbandingan antara keutamaan kuliah atau lebih mudahnya tidak mampu berlaku adil. Apa salahnya jika kuliah jin penuh, kuliah tafaquh pun penuh juga? Tak mengapalah kalau kuliah tafaquh fiddin tak dipenuhi atau tiada sambutan, masalahnya yang lebih teruk lagi ialah kuliah di universiti pun kurang mendapat sambutan berbanding kuliah jin. Eh! Peliklah! Pelajar kita tiada otak ke? Sampai tak boleh nak menentukan mana yang lebih utama untuk diberi tumpuan. Sibuk dengan jin je. Habis tafsir, hadith, fiqh, usul fiqh, qiraat? Tak penting ke? Tengok kelas Syeikh Muhammad Abdun Nabi pun kita tahu macam mana mentaliti pelajar kita. Penuh dengan pelajar Syubra sahaja. Apa salahnya pelajar kuliah lain pun serta sama. Kalau kita ada kesedaran bahawa ilmu itu penting, kita tak berkira. Tapi yelah, ungkapan kita,”Alah, qiraat. Kita mana ambil qiraat ni.” Mentaliti yang berkarat. Sebab itu tidak hairan lah jika kita gagal melahirkan tokoh dan tenaga pengisi. Sebab kita tiada ilmu. Yang ada hanyalah ilmu jin.
Saya pelik juga setelah RNSK dipagar (nak halang jin masuk), kelihatannya pelajar kita masih sama perangai mereka. Pergi kuliah malas, banyak tonton filem je, asyik main game je, melalak sambil main gitar sampai mengganggu orang lain dalam RNSK dan macam-macam lagi. Saya nampak masalah bukan datang daripada jin, tapi pelajar-pelajar kita rupanya jin. Saya teringat saudara Danial (saya memang meminati beliau ye hehe) pernah berseloroh dalam ceramah Aidiladha ketika beliau menyatakan,”Sikap kita ni tak boleh salahkan jin juga seratus peratus. Habis kalau rumah ni dah dipagar esok, masih ada yang tak bangun Subuh, tak pergi kuliah, kita nak salahkan jin jugak ke? Atau kita sendiri yang jin?” Saya sedikit sebanyak setuju juga dengan kalam beliau ini. Pelajar-pelajar kita memang jin kot.
Kesimpulan yang saya nak nyatakan ialah, pelajar-pelajar kita perlu ubah mentaliti masing-masing. Kena pandai buat penilaian yang mana satu lebih utama, yang mana satu utama. Masing-masing esok bila pulang ke Malaysia akan jadi pakar rujuk kawasan masing-masing. Esok kalau masyarakat tanya, nak jawab apa? Maklumlah, masa di Mesir dulu, hanya ikut kuliah jin je. Kuliah di universiti jarang pergi. Kuliah tafaquh di RNSK pun tak datang. Rasa macam diri tu dah alim sangat. Sekarang ni ada ustaz kita dah dihalang daripada masuk RNSK untuk menyampaikan ilmu beliau. Tapi tiada seorang pun yang bersuara menyatakan ketidak setujuan atau pun tiada usahasama langsung yang dibuat bagi membolehkan ustaz ni dibenarkan masuk ke RNSK semula. Nampak sangat pelajar kita ni pemalas. Belajar malas. Tafaquh malas. Esok bila balik, buat ajaran sesat. Bagi fatwa sesat. Atau duduk diam-diam dalam rumah. Takut nak berdepan dengan masyarakat. Mana masyarakat tak kutuk kita?! Masyarakat kata Azhari jumud, tak pandai berso’sial’, lembap, tak boleh hasilkan produk untuk majukan masyarakat dan macam-macam lagi kutukan dan laknat. Nak jawab balik, memang betul pun. Tapi tahu marah. Jangan marah orang lain, marah diri sendiri dulu!!! Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment