gambar sekadar hiasan
Kemunculan MTP oleh pegawai khas Negeri Sembilan telah banyak menimbulkan spekulasi di kalangan mahasiswa/wi Negeri Sembilan hari ini. Antara persoalan –persoalan yang bangkit mengenai MTP ini adalah apakah tujuan sebenar penubuhan MTP ini? Adakah ianya ditubuhkan untuk meringankan beban Pegawai? Atau hanya untuk dijadikan boneka tunggangan Pegawai? Sejauh mana pula kuasa yang boleh dimainkan MTP?Adakah kuasa penuh sebagai penasihat pegawai? Atau hanya balaci (orang suruhan) pegawai?Apakah peranan dan halatuju MTP? Adakah sebagai pejuang kebajikan pelajar Mesir? Atau hanya sebagai pemegang tender-tender Rumah Negeri? Atau sebagai barua kanan Pegawai?
Kenapa perlu tubuhkan MTP? Bukankah lebih baik jika aktifkan semula BAKANS yang telah dibekukan? Kenapa MTP dipilih secara lantikan tidak secara pilihanraya yang dipilih oleh pelajar sendiri?Kenapa hanya seorang sahaja MTP dari kalangan akhawat? Dan banyak lagi persoalan yang timbul.
Namun kewujudan MTP sebenarnya juga perlu dipandang positif dan sebagai peluang. Penulis mencadangkan MTP perlu menangkis semua spekulasi yang timbul dan membuktikan bahawa MTP bukanlah seperti yang kita semua sangkakan. MTP perlu berbuat sesuatu yang boleh menafikan segala tuduhan tersebut dan bergerak bebas (pro-mahasiswa) tidak terikat dengan pegawai dan mana-mana individu yang berkepentingan sekurang-kurang mampu mengganti BAKANS satu ketika dahulu sebagai:
1. Medium untuk menyatukan seluruh pelajar-pelajar Negeri Sembilan tanpa mengira tajaan atau tidak, yang penting kita semua anak Negeri Sembilan.
2. Bahkan perlu berani dalam menyuarakan hak-hak serta menuntut keadilan kepada pegawai untuk menjaga kepentingan dan kebajikan bersama.
Penulis juga menggesa agar MTP harus membawa 2 misi utama ini dan penulis sangat yakin sekira MTP membawanya, ramai pelajar negeri yang akan menyokong dan akan bersama dengan MTP.
Bagi menangkis spekulasi yang timbul ini juga, MTP perlu mengambil beberapa tindakan dalam jangka masa terdekat ini juga seterusnya membuktikan bahawa MTP bukan lah boneka yang hanya menjadi tunggangan pegawai. Antaranya:
1. MTP perlu selalu membuat perbincangan dan mengambil pandangan bekas-bekas Exco BAKANS yang ada termasuk HEWI BAKANS seperti Mohd Hanif Jamin, Mohd Fikri Nordin, Mohd Hafizi Mohd Yusof, Ahmad Hazran Ahmad Kamal, Mohd Hafiz Ishak, Ahmad Faiz Mansor, Norhafizah Daud, Noor Siti Massah Sahak, Ummu Arifah Mohd Tahir, Rohaya Razak, Khairatunnisak Zainudin, Noor Fathiah Hj Bahari, Nurfariza Muhamad Zahidi, Azian Azizol kerana tidak boleh dinafikan bahawa mereka juga masih mempunyai pengaruh dikalangan pelajar Negeri Sembilan yang lain terutamanya di kalangan akhawat.
2. Penulis juga mencadangkan agar MTP membuat satu pertemuan bersama orang-orang lama dan berpengalaman seperti Ustaz Helimy Aris, Ustaz Azman Syah Alias, Ustaz Safrizal Tarmizan, Ustaz Danial Farhan Dol Mat dan Ustaz Zulfadli Anuar bagi membantu menyelesaikan masalah.
3. Lagi baik sekiranya pihak MTP, golongan no 1 dan no 2 di atas boleh duduk satu meja bagi membincangkan masalah kita bersama dan kita jadikan ianya sebagai titik pertemuan untuk bersepakat dan menyatukan semula seluruh pelajar-pelajar Negeri Sembilan.
4. Dalam masa terdekat ini juga MTP perlu membangunkan semula program-program di rumah negeri terutamanya program-program ilmiah seperti kelas tafaqquh mingguan dan bulanan. Ustaz Helimy Aris perlu di bawa masuk semula bagi meneruskan pengajian kitab Riadus Soliheen dan kelas malam beliau di rumah negeri di samping menambah program-program yang lain untuk mewujudkan biah yang solehah dikalangan pelajar Negeri Sembilan.
5. Berani dan tegas dalam mempertahan dan memperjuangkan kebajikan pelajar-pelajar Negeri Sembilan terutamanya dalam masalah pinjaman dan zakat termasuk pelajar persendirian, hak pendudukan rumah negeri, utamakan akhawat dalam pendudukan rumah negeri, atau paling tidak pun sama-ratakan pendudukan rumah negeri antara ikhwah & akhawat, kebebasan dalam berpesatuan, pegawai tidak boleh diskriminasi atau berat sebelah dalam masalah ini dan yang paling penting menegur sebarang kesalahan pegawai dalam pengurusan rumah negeri.
6. Penulis juga mencadangkan agar MTP menganjurkan Hari Keluarga Negeri Sembilan dan menjadikan ianya sebagai titik permulaan dan pertemuan kesatuan seluruh anak negeri tanpa mengira jurusan pendidikan (pengajian agama, qiraat & perubatan) dan tajaan atau persendirian (kalau hendak bentuk ad-hock cuba libat kan pelajar dari semua peringkat, muhafazah, perubatan, persendirian supaya boleh menarik penglibatan semua pihak).
Dan banyak lagi yang perlu dilakukan oleh MPT, tetapi cukup sekadar ini untuk peringkat permulaan pada penulis perkara yang amat penting sekiranya MPT ikhlas menafikan MPT bukan boneka tunggangan pegawai.
Akhir sekali penulis sangat yakin sekiranya MTP mengambil berat tentang semua cadangan di atas, kita akan lihat satu kesatuan yang utuh untuk pelajar-pelajar Negeri Sembilan. Semua orang yang waras inginkan kepada kesatuan, dan kesatuan haruslah dibina berdasarkan perinsip MA’RUF dan KEADILAN, tetapi sekiranya MTP dibina tanpa menjaga perinsip ma’ruf (menganjurkan program-program mungkar) dan tidak berlaku adil untuk semua (hanya menjaga kepentingan tertentu) sampai qiamat pun kita tidak akan dapat bersatu..
Penulis cabar MPT untuk lakukan perubahan, buktikan bahawa MPT bukanlah boneka tunggangan pegawai.. MPT bukan balaci pegawai.. MPT bukan hanya untuk mengaut tender-tender RNSK.. MPT bukan barua pegawai.. Tetapi MTP wadah perjuangan mahasiswa/wi Negeri Sembilan di bumi Mesir ini.. BUKTIKAN..
No comments:
Post a Comment