Thursday, March 12, 2009

MTP perlu tangkis spekulasi BONEKA

gambar sekadar hiasan



Kemunculan MTP oleh pegawai khas Negeri Sembilan telah banyak menimbulkan spekulasi di kalangan mahasiswa/wi Negeri Sembilan hari ini. Antara persoalan –persoalan yang bangkit mengenai MTP ini adalah apakah tujuan sebenar penubuhan MTP ini? Adakah ianya ditubuhkan untuk meringankan beban Pegawai? Atau hanya untuk dijadikan boneka tunggangan Pegawai? Sejauh mana pula kuasa yang boleh dimainkan MTP?Adakah kuasa penuh sebagai penasihat pegawai? Atau hanya balaci (orang suruhan) pegawai?Apakah peranan dan halatuju MTP? Adakah sebagai pejuang kebajikan pelajar Mesir? Atau hanya sebagai pemegang tender-tender Rumah Negeri? Atau sebagai barua kanan Pegawai?

Kenapa perlu tubuhkan MTP? Bukankah lebih baik jika aktifkan semula BAKANS yang telah dibekukan? Kenapa MTP dipilih secara lantikan tidak secara pilihanraya yang dipilih oleh pelajar sendiri?Kenapa hanya seorang sahaja MTP dari kalangan akhawat? Dan banyak lagi persoalan yang timbul.

Namun kewujudan MTP sebenarnya juga perlu dipandang positif dan sebagai peluang. Penulis mencadangkan MTP perlu menangkis semua spekulasi yang timbul dan membuktikan bahawa MTP bukanlah seperti yang kita semua sangkakan. MTP perlu berbuat sesuatu yang boleh menafikan segala tuduhan tersebut dan bergerak bebas (pro-mahasiswa) tidak terikat dengan pegawai dan mana-mana individu yang berkepentingan sekurang-kurang mampu mengganti BAKANS satu ketika dahulu sebagai:

1. Medium untuk menyatukan seluruh pelajar-pelajar Negeri Sembilan tanpa mengira tajaan atau tidak, yang penting kita semua anak Negeri Sembilan.
2. Bahkan perlu berani dalam menyuarakan hak-hak serta menuntut keadilan kepada pegawai untuk menjaga kepentingan dan kebajikan bersama.

Penulis juga menggesa agar MTP harus membawa 2 misi utama ini dan penulis sangat yakin sekira MTP membawanya, ramai pelajar negeri yang akan menyokong dan akan bersama dengan MTP.

Bagi menangkis spekulasi yang timbul ini juga, MTP perlu mengambil beberapa tindakan dalam jangka masa terdekat ini juga seterusnya membuktikan bahawa MTP bukan lah boneka yang hanya menjadi tunggangan pegawai. Antaranya:

1. MTP perlu selalu membuat perbincangan dan mengambil pandangan bekas-bekas Exco BAKANS yang ada termasuk HEWI BAKANS seperti Mohd Hanif Jamin, Mohd Fikri Nordin, Mohd Hafizi Mohd Yusof, Ahmad Hazran Ahmad Kamal, Mohd Hafiz Ishak, Ahmad Faiz Mansor, Norhafizah Daud, Noor Siti Massah Sahak, Ummu Arifah Mohd Tahir, Rohaya Razak, Khairatunnisak Zainudin, Noor Fathiah Hj Bahari, Nurfariza Muhamad Zahidi, Azian Azizol kerana tidak boleh dinafikan bahawa mereka juga masih mempunyai pengaruh dikalangan pelajar Negeri Sembilan yang lain terutamanya di kalangan akhawat.
2. Penulis juga mencadangkan agar MTP membuat satu pertemuan bersama orang-orang lama dan berpengalaman seperti Ustaz Helimy Aris, Ustaz Azman Syah Alias, Ustaz Safrizal Tarmizan, Ustaz Danial Farhan Dol Mat dan Ustaz Zulfadli Anuar bagi membantu menyelesaikan masalah.
3. Lagi baik sekiranya pihak MTP, golongan no 1 dan no 2 di atas boleh duduk satu meja bagi membincangkan masalah kita bersama dan kita jadikan ianya sebagai titik pertemuan untuk bersepakat dan menyatukan semula seluruh pelajar-pelajar Negeri Sembilan.
4. Dalam masa terdekat ini juga MTP perlu membangunkan semula program-program di rumah negeri terutamanya program-program ilmiah seperti kelas tafaqquh mingguan dan bulanan. Ustaz Helimy Aris perlu di bawa masuk semula bagi meneruskan pengajian kitab Riadus Soliheen dan kelas malam beliau di rumah negeri di samping menambah program-program yang lain untuk mewujudkan biah yang solehah dikalangan pelajar Negeri Sembilan.
5. Berani dan tegas dalam mempertahan dan memperjuangkan kebajikan pelajar-pelajar Negeri Sembilan terutamanya dalam masalah pinjaman dan zakat termasuk pelajar persendirian, hak pendudukan rumah negeri, utamakan akhawat dalam pendudukan rumah negeri, atau paling tidak pun sama-ratakan pendudukan rumah negeri antara ikhwah & akhawat, kebebasan dalam berpesatuan, pegawai tidak boleh diskriminasi atau berat sebelah dalam masalah ini dan yang paling penting menegur sebarang kesalahan pegawai dalam pengurusan rumah negeri.
6. Penulis juga mencadangkan agar MTP menganjurkan Hari Keluarga Negeri Sembilan dan menjadikan ianya sebagai titik permulaan dan pertemuan kesatuan seluruh anak negeri tanpa mengira jurusan pendidikan (pengajian agama, qiraat & perubatan) dan tajaan atau persendirian (kalau hendak bentuk ad-hock cuba libat kan pelajar dari semua peringkat, muhafazah, perubatan, persendirian supaya boleh menarik penglibatan semua pihak).

Dan banyak lagi yang perlu dilakukan oleh MPT, tetapi cukup sekadar ini untuk peringkat permulaan pada penulis perkara yang amat penting sekiranya MPT ikhlas menafikan MPT bukan boneka tunggangan pegawai.

Akhir sekali penulis sangat yakin sekiranya MTP mengambil berat tentang semua cadangan di atas, kita akan lihat satu kesatuan yang utuh untuk pelajar-pelajar Negeri Sembilan. Semua orang yang waras inginkan kepada kesatuan, dan kesatuan haruslah dibina berdasarkan perinsip MA’RUF dan KEADILAN, tetapi sekiranya MTP dibina tanpa menjaga perinsip ma’ruf (menganjurkan program-program mungkar) dan tidak berlaku adil untuk semua (hanya menjaga kepentingan tertentu) sampai qiamat pun kita tidak akan dapat bersatu..

Penulis cabar MPT untuk lakukan perubahan, buktikan bahawa MPT bukanlah boneka tunggangan pegawai.. MPT bukan balaci pegawai.. MPT bukan hanya untuk mengaut tender-tender RNSK.. MPT bukan barua pegawai.. Tetapi MTP wadah perjuangan mahasiswa/wi Negeri Sembilan di bumi Mesir ini.. BUKTIKAN..

Tuesday, March 10, 2009

Antara Kuliah Jin & Kuliah Tafaqquh Fiddin.


vs
















Sekarang ini, ada seorang ustaz (nama dirahsiakan atas sebab keselamatan) sedang giat mengadakan kuliah-kuliah berkaitan perubatan Islam, jin dan yang berkaitan dengannya. Beliau dikatakan menerima jemputan yang agak banyak bagi mengadakan kuliah ini. Ternyata kuliah beliau mendapat sambutan hangat. Sebelum ini, beliau pernah juga mengadakan kuliah mengenai perkara yang sama di Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) dan sambutannya di kalangan para pelajar Negeri Sembilan tidak menghampakan. Jangan salah sangka ye dengan intro ini. Ia tidak berkaitan langsung dengan ustaz tersebut apatah lagi saya tidak menyalahkan beliau atau menuduh beliau membawa ajaran sesat. Ustaz ini hanya menjalankan amanah yang dipikulkan kepada beliau oleh tuan gurunya yang dihormati. Oleh itu, beliau tidak ada kena mengena dengan posting kali ini. Beliau hanya dijadikan pembuka posting saja kerana apa yang akan saya nyatakan sebentar lagi akan ditujukan ke batang hidung pelajar-pelajar Negeri Sembilan sahaja.
Saya telah nyatakan tadi bahawa kuliah ustaz ini mendapat sambutan hangat di kalangan pelajar Negeri Sembilan. Mengapa ye? Kerana ia berkaitan dengan perubatan Islam dan jin serta yang sewaktu dengannya. Biasalah, mentaliti orang Melayu ni memang telah terlatih untuk mudah menerima apa saja yang berkaitan dengan jin. Maklum lah, cerita tentang alam ghaib kan. Cerita pelik. Jadi perkara ini tidak menghairankan jika ia mempengaruhi golongan Azhari juga. Cuma yang saya kesal sangat ialah kuliah-kuliah sebegini diberi sambutan hangat sedangkan kuliah-kuliah tafaquh yang berlangsung di RNSK seperti pengajian Riyadhus Solihin, Syarah Arba’in al Nawawiyyah, Syarah al Arba’in fi Usuliddin, Al Wajiz fi Usulil Fiqh dan Fiqh Sunnah mendapat sambutan yang kurang ‘menghangatkan’. Bilangan yang hadir boleh dibilang dengan jari khususnya dari kalangan siswa. Saya pelik apa hebat sangat kuliah jin berbanding kuliah tafaquh fiddin sehingga mendapat sambutan hangat. Ternyata pelajar kita masih belum mampu hendak membuang perbandingan antara keutamaan kuliah atau lebih mudahnya tidak mampu berlaku adil. Apa salahnya jika kuliah jin penuh, kuliah tafaquh pun penuh juga? Tak mengapalah kalau kuliah tafaquh fiddin tak dipenuhi atau tiada sambutan, masalahnya yang lebih teruk lagi ialah kuliah di universiti pun kurang mendapat sambutan berbanding kuliah jin. Eh! Peliklah! Pelajar kita tiada otak ke? Sampai tak boleh nak menentukan mana yang lebih utama untuk diberi tumpuan. Sibuk dengan jin je. Habis tafsir, hadith, fiqh, usul fiqh, qiraat? Tak penting ke? Tengok kelas Syeikh Muhammad Abdun Nabi pun kita tahu macam mana mentaliti pelajar kita. Penuh dengan pelajar Syubra sahaja. Apa salahnya pelajar kuliah lain pun serta sama. Kalau kita ada kesedaran bahawa ilmu itu penting, kita tak berkira. Tapi yelah, ungkapan kita,”Alah, qiraat. Kita mana ambil qiraat ni.” Mentaliti yang berkarat. Sebab itu tidak hairan lah jika kita gagal melahirkan tokoh dan tenaga pengisi. Sebab kita tiada ilmu. Yang ada hanyalah ilmu jin.
Saya pelik juga setelah RNSK dipagar (nak halang jin masuk), kelihatannya pelajar kita masih sama perangai mereka. Pergi kuliah malas, banyak tonton filem je, asyik main game je, melalak sambil main gitar sampai mengganggu orang lain dalam RNSK dan macam-macam lagi. Saya nampak masalah bukan datang daripada jin, tapi pelajar-pelajar kita rupanya jin. Saya teringat saudara Danial (saya memang meminati beliau ye hehe) pernah berseloroh dalam ceramah Aidiladha ketika beliau menyatakan,”Sikap kita ni tak boleh salahkan jin juga seratus peratus. Habis kalau rumah ni dah dipagar esok, masih ada yang tak bangun Subuh, tak pergi kuliah, kita nak salahkan jin jugak ke? Atau kita sendiri yang jin?” Saya sedikit sebanyak setuju juga dengan kalam beliau ini. Pelajar-pelajar kita memang jin kot.
Kesimpulan yang saya nak nyatakan ialah, pelajar-pelajar kita perlu ubah mentaliti masing-masing. Kena pandai buat penilaian yang mana satu lebih utama, yang mana satu utama. Masing-masing esok bila pulang ke Malaysia akan jadi pakar rujuk kawasan masing-masing. Esok kalau masyarakat tanya, nak jawab apa? Maklumlah, masa di Mesir dulu, hanya ikut kuliah jin je. Kuliah di universiti jarang pergi. Kuliah tafaquh di RNSK pun tak datang. Rasa macam diri tu dah alim sangat. Sekarang ni ada ustaz kita dah dihalang daripada masuk RNSK untuk menyampaikan ilmu beliau. Tapi tiada seorang pun yang bersuara menyatakan ketidak setujuan atau pun tiada usahasama langsung yang dibuat bagi membolehkan ustaz ni dibenarkan masuk ke RNSK semula. Nampak sangat pelajar kita ni pemalas. Belajar malas. Tafaquh malas. Esok bila balik, buat ajaran sesat. Bagi fatwa sesat. Atau duduk diam-diam dalam rumah. Takut nak berdepan dengan masyarakat. Mana masyarakat tak kutuk kita?! Masyarakat kata Azhari jumud, tak pandai berso’sial’, lembap, tak boleh hasilkan produk untuk majukan masyarakat dan macam-macam lagi kutukan dan laknat. Nak jawab balik, memang betul pun. Tapi tahu marah. Jangan marah orang lain, marah diri sendiri dulu!!! Fikir-fikirkanlah.

Monday, March 9, 2009

قواعد التعامل بالغيب

ادعى بعض الناس بأنه مطلع على الغيب ومعاين الجن كما يعاين البشر خاصة من الذين يشتغلون بالتداوي بالآيات القرآنية والأذكار المعينة لإخراج الجن على زعمهم من جسم الإنسان المصروع. وبعض الذين ادعوا هذا الأمر بالغ فيه فوصف للعوام أو الذين اعتقدوا صحة دعواهم شكل الجن الذي عاينه وحجمه ولغته وديانته وحتى مركزه الاجتماعي في المجتمع الجني بل بالغ بعضهم فحكى للناس أنه نجح في دعوته للجن المتلبس في جسم المصروع إلى الإسلام فنطق أمامه الشهادتين فأسلم بإسلام ذلك الجني قومه من الجن إن كان ذلك الجني من المرموقين مثلا أو له مكانة خاصة عند قومه شأن البشر تماما عند قومه. وبعضهم استعمل أشياء معينة كالملح والفلفل الأسود والثوم مثلا في عملية طرد الجن وبناء الحصن الغيبي على زعمهم لبيت أحد من الناس أو شقته أو عمارته إذا طلب منه ذلك.
هذا شيء يسير من مجموعة القصص التي تناقلها الناس قديما وحديثا من أعاجيب المشتغلين بالتداوي بالرقى. والسؤال الذي ينبغي أن يطرح في هذه القضية هو: هل هذه الأشياء المتداولة في حديث الناس صحيحة يجب أن تصدق؟ وهل يمكن الاعتماد عليها كحجة في الاعتقاد أو العمل شأن سائر الأدلة المعتمدة في الشرع كالقرآن والسنة والإجماع والقياس مثلا؟ وهل هناك سند صريح معتمد يمكن أن تنبني عليه هذه الأعاجيب أو تدعم به؟ للإجابة على الاستفسارات السابقة تعالوا معي لنطلع على الموضوعات التالية:
بين عالم الغيب والشهادة:
خلق الله عالمي الغيب والشهادة لأسباب وحكم نعلم بعضها ومازلنا نجهل معظمها وذكر ذلك في محكم تنزيله وقرر ذلك أيضا السنة النبوية في أحاديث كثيرة لا ينكرها إلا المتعالي على الشريعة. فمن وجوه الحكم التي خلق الله لأجلها عالم الشهادة:-
1- الامتنان بعباده, قال تعالى:
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ وَسَخَّرَ لَكُمُ الْفُلْكَ لِتَجْرِيَ فِي الْبَحْرِ بِأَمْرِهِ وَسَخَّرَ لَكُمُ الْأَنْهَارَ (32) وَسَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ (33) وَآَتَاكُمْ مِنْ كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ الْإِنْسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ (34) [إبراهيم]
وقال تعالى:
وَأَلْقَى فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَأَنْهَارًا وَسُبُلًا لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ (15) وَعَلَامَاتٍ وَبِالنَّجْمِ هُمْ يَهْتَدُونَ (16) أَفَمَنْ يَخْلُقُ كَمَنْ لَا يَخْلُقُ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ (17) وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ (18) [النحل].
2- الشكرلله قال تعالى:
وَهُوَ الَّذِي سَخَّرَ الْبَحْرَ لِتَأْكُلُوا مِنْهُ لَحْمًا طَرِيًّا وَتَسْتَخْرِجُوا مِنْهُ حِلْيَةً تَلْبَسُونَهَا وَتَرَى الْفُلْكَ مَوَاخِرَ فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (14) [النحل].
وَلَقَدْ مَكَّنَّاكُمْ فِي الْأَرْضِ وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعَايِشَ قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ (10) [الأعراف]
... وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (26) [الأنفال]
وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (78) [النحل]
وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ يُرْسِلَ الرِّيَاحَ مُبَشِّرَاتٍ وَلِيُذِيقَكُمْ مِنْ رَحْمَتِهِ وَلِتَجْرِيَ الْفُلْكُ بِأَمْرِهِ وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (46) [الروم]
3- التفكر الموصل إلى الإيمان وزيادة الإيمان, قال تعالى:
يُنْبِتُ لَكُمْ بِهِ الزَّرْعَ وَالزَّيْتُونَ وَالنَّخِيلَ وَالْأَعْنَابَ وَمِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (11) وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومُ مُسَخَّرَاتٌ بِأَمْرِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ (12) [النحل]
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنْفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ مَاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ (164 [البقرة]
4- فالله سبحانه جعل العالم المشاهد لنحعله دليلا على وجوده وقدرته وإرادته وهو جل جلاله غير مدرك بأصارنا وهو يدرك الأبصار ولكن تلك الأدلة التي تدل وجوده وآثاره هي أصرحها وأوضحها وأجلاها لا ينكرها إلا متكابر. (وَجَحَدُوا بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنْفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ (14) [النمل/14]
ومن وجوه الحكم التي من أجلها خلق الله عالم الغيب:-
1- الإيمان بما جاء به القرآن الذي لَا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِ تَنْزِيلٌ مِنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ والإيمان بالقرآن من أصول الدين وإنكاره إنكار أمر معلوم من الدين بالضرورة لأنه مصدر الشريعة وقد ورد في القرآن أمور تتعلق بالغيب منها عالم البرزخ الذي هو محطة الانتظار للوصول إلى الأخرة, قال تعالى:
النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا آَلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ (46) [غافر]
ومنها الملائكة الذين لا يعرفون السآمة في فعل الطاعات, قال تعالى:
وَلِلَّهِ يَسْجُدُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مِنْ دَابَّةٍ وَالْمَلَائِكَةُ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ (49) يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ (50) [النحل]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ [التحريم/6]
ومن الملائكة من أمر بإنزال الوحي على الأنبياء والرسل وهو جبريل عليه السلام قال تعالى:
عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَى (5) ذُو مِرَّةٍ فَاسْتَوَى (6) [النجم]
وَإِنَّهُ لَتَنْزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ (192) نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ (193) عَلَى قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنْذِرِينَ (194) بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُبِينٍ (195) [الشعراء]
والملاحظ في أركان الإيمان الست وجد أن بعضها من الأمور الغيبيات ومن هنا نعلم أن من الغيب ما هو أساس الإيمان والإسلام. ولذلك مدح الله المتقين في القرآن وجعل من صفاتهم وخصائصهم الإيمان بالغيب, قال تعالى:
الم (1) ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2) الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (3) وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآَخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4) أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (5) [البقرة].
2- التوازن في الدين والحياة. أما التوازن في الدين فلأن الإسلام جمع بين المادة والروح وبين المشاهد والغائب وبين الدنيا والآخرة فلا يغلو في حانب ويهتم به على حساب الآخر ولهذا يكون الإسلام بين إفراط النصارى وتفريط اليهود وقد تغالى الصنفان في أحد جانبي المادة والروح فهلكتا. أما النصارى فقد وصفهم الله بالغلو في العبادة حتى يملوا منها ولم يؤدوها حق الأداء. قال تعالى:
ثُمَّ قَفَّيْنَا عَلَى آَثَارِهِمْ بِرُسُلِنَا وَقَفَّيْنَا بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَآَتَيْنَاهُ الْإِنْجِيلَ وَجَعَلْنَا فِي قُلُوبِ الَّذِينَ اتَّبَعُوهُ رَأْفَةً وَرَحْمَةً وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَلَيْهِمْ إِلَّا ابْتِغَاءَ رِضْوَانِ اللَّهِ فَمَا رَعَوْهَا حَقَّ رِعَايَتِهَا فَآَتَيْنَا الَّذِينَ آَمَنُوا مِنْهُمْ أَجْرَهُمْ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ (27) [الحديد].
ولهذا وجدنا من النصائح التي وجهها الله لهم عدم الغلو في الدين قال تعالى:
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ وَلَا تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ فَآَمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَلَا تَقُولُوا ثَلَاثَةٌ انْتَهُوا خَيْرًا لَكُمْ إِنَّمَا اللَّهُ إِلَهٌ وَاحِدٌ سُبْحَانَهُ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَلَدٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَكَفَى بِاللَّهِ وَكِيلًا (171) [النساء]
وقد أطرت النصارى في حق عيسى عليه السلام فجعلوه إلها قال النبي صلى الله عليه وسلم:
لا تطروني كما أطرت النصارى بن مريم فإنما أنا عبده فقولوا عبد الله ورسوله
أما اليهود فبسبب عقليتهم المادية طالبوا موسى عليه السلام برؤية الله جهرة فأخذتهم الصاعقة بظلمهم, قال تعالى:
يَسْأَلُكَ أَهْلُ الْكِتَابِ أَنْ تُنَزِّلَ عَلَيْهِمْ كِتَابًا مِنَ السَّمَاءِ فَقَدْ سَأَلُوا مُوسَى أَكْبَرَ مِنْ ذَلِكَ فَقَالُوا أَرِنَا اللَّهَ جَهْرَةً فَأَخَذَتْهُمُ الصَّاعِقَةُ بِظُلْمِهِمْ ثُمَّ اتَّخَذُوا الْعِجْلَ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ فَعَفَوْنَا عَنْ ذَلِكَ وَآَتَيْنَا مُوسَى سُلْطَانًا مُبِينًا (153) [النساء].
أما التوازن في الحياة فلأن الحياة الدنيا لا قيمة لها إلا إذا كان من ورائها حياة أخرى يجزى فيها كل إنسان بما عملت يداه فالدنيا دار الابتلاء والآخرة دار الجزاء وأنها لهي الحيوان وما دام كون الأخرة مجهولة التفاصيل - وكان الإيمان بها ركن من أركان الإيمان – كانت غيبا عنا. ثم إن للغيب دور آخر لضمان توازن حياة الإنسان لا بد منه ألا وهو دور المراقبة. فالإنسان المؤمن دائما يشعر بمراقبة ربه له وهو لا يراه فشعوره ذلك جعله دائم التواصل بربه بالطاعات. ثم إن الله قد أخبرنا بأن كل قول لفظنا إلا وكتبه الملك الموكل لذلك وإن لم نره, قال تعالى:
مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ (18) [ق]
وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ (10) كِرَامًا كَاتِبِينَ (11) يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ (12) [الإنفطار]
وبين الله أن من الملائكة من هو موكل لحراسة الإنسان من المخاطر, قال تعالى:
لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ.. [الرعد/11]
منهم حملة العرش الذين يدعون ويستغفرون لمن في الأرض من الذين آمنوا واتبعوا سبيل الحق قال تعالى:
الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ آَمَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ (7) [غافر].
وقد علمنا من خلال النصوص القرآنية والحديثية أن عدد الملائكة والجن يزيد على عدد البشر أضعافا مضاعفة وإننا لنشعر في بعض الأحيان بالضيق والزحام بكثرة عدد سكان الأرص من البشر في وقت ما أو مكان ما وكثيرا ما يحدث التشاجر والتقاتل والاحتواء على حقوق الآخر بسبب التزاحم والتضايق فكيف إذا كانوا – أعني الملائكة والجنة – يتشكلون في أجسام مادية مثلنا ساكنين بين أظهرنا, إلام يكون مصيرنا؟ ولقد توقعنا نتيجة ذلك إن كان حادثا.
3- مراعاة فطرة الإنسان. وقد لاحظنا مما سبق بيانها من جمع الإسلام بين المادة والروح وبين الغيب والشهادة وتكامل الحياة في جانبيه المشهود والغائب أن ذلك كله مراعاة لفطرة الإنسان المتكون من العنصرين الاثنين المادي وهو الجسد والغيبي وهو الروح. ولو ترك الإنسان يتمادى في ماديته ولم يراع جانبه الروحي لذهب منه السكينة والوقار والطمأنينة وقد رأينا كثيرا من المنتحرين من الناس فإنهم لا ينتحرون لأنهم مهملون ماديا بل هم في أوج الحياة المادية وأرقاها ولكنهم ينتحرون لأنهم ضائقو الأنفس تائهو الضمائر فاقدو الأمن والطمانينة. وكذاك لو ترك الإنسان يتوغل في روحانيته وتهذيب نفسه بدون أن ينظر إلى جانبه الجسدي بعين الانتباه ويتعامل بالغيب كأنه ليس له قواعد دينية يرجع إليها في دقيق الأمر و جليلها و عقل يتأمل في كل قضية تخصصه بلا انحياز ولا تعصب فإنه بذلك سيلقي نفسه إلى الهلاك وسيقال له في النهاية مجنون يتكلم وحده والناس منشغلون عنه ولا يلتفتون إليه بكل تقدير واحترام. فماذا إذن يبقى للإنسان إذا نفي عنه عقله الذي به يتميز عن سائر الحيوانات.
وهناك جانب آخر يتميز به الإنسان عن غيره من المخلوقات وهو جانب عاطفي أو وجداني به يشعر الإنسان بالمحبة والبغضاء والأنس والغربة والخوف والرجاء خوف مما يضره وحب ورجاء لما ينفعه. وكثيرا ما يتاثر الإنسان بالصورة الظاهرة فنينفعل به إحساسه الداخلي. لذلك وجدنا أنفسنا تخاف أشكال قبيحة وتحاول الابتعاد عنها إن أمكننا ذلك و على العكس من ذلك تماما تأنس وتسر بأشكال جميلة وتحاول الاقتراب منه والانضمام إليه. وقد حجب الله أبصارنا عن رؤية الأشياء التي لا تطيقه ولا تتحمله من أمور غيبية رحمة لنا وإرفاقا بنا وكان نبي الله موسى عليه السلام أراد رؤية الباري جل جلاله وكانت قصته كما حكى لنا القرآن الكريم قال تعالى:
وَلَمَّا جَاءَ مُوسَى لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي فَلَمَّا تَجَلَّى رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَى صَعِقًا فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ (143) [الأعراف].
وأترك لكم هذه الأية تتحدث بأذهاننا بدون أي تعليق مني عسى أن نستنبط منها شيئا تمس بموضوعنا هذا.....تابع معنا في الحلقة القادمة.

Sunday, March 8, 2009

MTP: Relevankah atau Sekadar Boneka??


Majlis Tertinggi Pengurusan (MTP) adalah suatu nama baru buat organisasi baru yang digagaskan oleh pegawai khas kebajikan pelajar Negeri Sembilan, En. Abdul Malik b. Kahar. Seingat saya, usia organisasi ini belum lagi mencecah dua bulan. Kiranya, masih kanak-kanak lagi la. Tujuan ia ditubuhkan adalah untuk membantu meringankan beban tugas pegawai juga sebagai penasihat kepada pegawai (katanya lah). Ia juga suatu alternatif untuk menggantikan Badan Kebajikan Anak-anak Negeri Sembilan (BAKANS) yang dibekukan perjalanannya bermula tahun 2007 yang lalu. Saya sebenarnya hairan, En. Abdul Malik tergerak juga untuk menubuhkan MTP sedangkan beliau dengan bongkaknya dahulu pernah berkata bahawa beban tugas yang ada di sini biarlah dipikul oleh beliau seorang sambil berseloroh dalam salah satu majlis, “Sampai tercabut ye tulang belakang ayah ni.” (Kebetulan beliau ketika itu baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang) kononnya untuk menunjukkan betapa beratnya beban yang dipikul. Kan bagus kalau beliau men’cair’kan kembali pergerakan organisasi BAKANS kerana itu lebih memudahkan tugas beliau berbanding menggagaskan sebuah organisasi baru yang diisi oleh tenaga-tenaga yang masih mentah (tiada pengalaman langsung dalam berorganisasi sehingga masing-masing pening kepala). Bagi saya meneruskan apa yang telah lama dibina lebih baik berbanding mengasaskan sesuatu yang baru apatah lagi diisi oleh tenaga-tenaga yang memang tidak berpengalaman. Kalau diisi oleh tenaga yang berpengalaman (dengan erti kata lain pernah berorganisasi dalam BAKANS), saya masih boleh terima lagi penubuhan MTP. Sekurang-kurangnya ia masih lagi boleh membawa halatuju yang pernah dibawa oleh BAKANS.
Namun dalam posting ini, saya hanya mahu mempersoalkan tentang kerelevenan MTP. Adakah ianya relevan untuk ditubuhkan atau sekadar menjadi boneka En. Abdul Malik? Ini adalah persoalan yang cuba saya rungkai. Kemudian menerusi artikel ini juga, saya ingin mendedahkan betapa En. Malik juga seorang yang tidak profesional walaupun mendabik dada seperti seorang yang pro. Itu kita akan lihat dengan jelas melalui gagasan MTP ini.
Saya telah sebutkan di atas bahawa antara peranan MTP ialah bertindak sebagai penasihat pegawai. Maknanya, ada beberapa pandangan yang boleh diterima pakai oleh pegawai jika ia dikemukakan oleh MTP kerana sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh MTP pasti telah melalui proses mesyuarat. En. Malik tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kuasa veto beliau untuk mengeluarkan sebarang keputusan tanpa mempertimbangkannya terlebih dahulu. Begitu juga, MTP sebenarnya adalah orang tengah antara pegawai dan pelajar dalam menyalurkan sebarang maklumat atau menyuarakan sebarang pandangan. Namun yang berlaku adalah sebaliknya. Ada pihak-pihak tertentu yang berani ‘melangkah bendul’ MTP atau dengan ertikata lain meng’cross’ MTP dengan terus menyuarakan pandangan kepada En. Malik tanpa melalui MTP untuk dipertimbangkan atau diputuskan. En. Malik pula terus menerima bulat-bulat saranan yang dikemukan oleh pihak tersebut tanpa menyerahkannya kembali kepada MTP. Kalau begitu, dalam situasi ini apa peranan MTP? Di mana kuasa MTP? Sehingga sewenang-wenangnya di’cross’ oleh pihak tak bertanggungjawab dan tindakan ini pula diiakan saja oleh En. Malik. Dalam situasi ini, saya melihat ada dua pihak yang bersalah. Pihak yang meng’cross’ MTP dengan terus mengemukakan saranan kepada pegawai tanpa melalui MTP. Tindakan ini sebenarnya mengundang kesan negatif dalam hubungan dua hala antara pelajar dengan MTP. MTP akan merasa dipinggirkan atau diperlekehkan peranannya sedangkan ia diberi kuasa (kononnya) untuk menjadi orang tengah. Pihak kedua pula adalah pegawai yang menerima saranan tersebut tanpa mengembalikannya kepada MTP untuk dibincangkan. Tapi beliau terus buat keputusan sendiri. Dalam kes ini, terang-terangan beliau menunjukkan kuasa vetonya di samping menggambarkan kepada kita betapa beliau tidak profesional. Yang saya nampak, MTP hanya sekadar boneka En. Malik sahaja. MTP boleh nak buat keputusan, tapi belum tentu boleh diterima pakai. Bila En. Malik pula buat keputusan, kena patuh. MTP hanya buat apa yang disuruh oleh En. Malik tanpa dapat nak luahkan apa yang patut dan apa yang tak patut. Tahu kan boneka macam mana? Macam MTP la!
Kemudian dari segi perlantikan ahli jawatankuasa MTP pula, sekali lagi memperlihatkan ketidak profesionalnya En. Malik. Beliau pernah sebut dulu, kalau nak lantik AJK dalam organisasi besar (ketika itu BAKANS belum dibekukan lagi) jangan lantik pelajar yang berada di tahun tiga dan empat dengan alasan kita bagi peluang untuk mereka beri tumpuan penuh dalam pelajaran. Namun dalam perlantikan AJK MTP kali ini, berlaku sebaliknya. Ada dua orang AJK MTP yang sekarang ini sedang menuntut di tahun tiga. Salah seorangnya menuntut di kuliah yang dipenuhi oleh jadual yang padat disebabkan subjeknya banyak. Kenapa En. Malik tak ikut piawaian yang beliau sarankan atau tetapkan? Saya melihat beliau kekurangan tenaga. Tapi tak salah juga kalau lantik yang tahun 1 dan 2 supaya boleh dilatih. Kalau nak lantik juga tahun 3, kenapa tak lantik yang berpengalaman seperti saudara Danial ke (sekadar sebut nama sebagai contoh)? Pasti ada agenda @ muslihat tertentu kenapa beliau tidak berbuat begitu. Sekali lagi: supaya MTP boleh dijadikan boneka beliau.. Kalau pegawai kita ni seorang yang berprinsip, pasti beliau akan ikut garis panduan yang telah beliau canangkan dulu. Kenapa lantik Naim & Hassan (sekadar sebut nama juga) yang dah tahun 3? Kasihan budak 2 orang ni.. Kalau 2 orang ni gagal, kita salahkan En. Malik sebabkan libatkan budak berdua ni dalam MTP sebab dulu dalam salah satu laporan beliau yang dihantar ke MAINS, beliau kaitkan kegagalan pelajar dengan sebab berpersatuan dan berorganisasi. Kemudian beliau tubuhkan MTP pula, sebuah organisasi juga. Libatkan pelajar juga. Jadi kalau kali ini mereka gagal, kita tak salah AJK MTP, tapi salahkan En. Malik. Kena buat laporan khas juga ni..
Kesimpulan mudah, En. Malik memang tak profesional dalam kes ini. Beliau memang hendak menjadikan MTP sebagai boneka. Saya cadangkan kalau ada AJK MTP yang baca posting ni, letak lah jawatan. Anda sanggup ke jadi boneka? Apa perasaan anda bila anda dah elok-elok bincang dalam mesyuarat, dah setuju dan boleh dikeluarkan, tiba-tiba ada orang ‘cross’, kemudian En. Malik terima pula saranan orang tu tanpa pulangkan kembali kepada anda untuk dibincangkan? Keputusan En. Malik pula memang kontra dengan keputusan ‘syura’ MTP, mana satu nak pakai ni?? Kalau saya lah, saya letak jawatan. Anda berani buat?? Anda sendiri pernah terfikir tidak, relevan ke MTP ni? Atau elok kita teruskan BAKANS?....

Tuesday, March 3, 2009

Adakah Jihad Qitaliy Itu Wajib?

Mungkin sesetengah pihak bertanya apakah kita wajib berperang sekarang ini untuk menetang Rejim Zionis dan sekutunya yang terang-terang merampas dan melakukan kezaliman di atas bumi umat Islam Palastin? Atau apakah sebenarnya hakikat jihad itu dan benarkah ianya merupakan salah satu daripada kewajipan yang mesti ditunaikan? Sekiranya begitu, apakah peringkat kewajipannya berbanding dengan segala kewajipan yang ada di dalam Islam? semua persoalan ini perlu dijawab oleh semua orang Islam yang mukallaf pada hari bagi membuktikan keperihatinannya terhadap saudaranya seIslam. Dengan kata lain, jika dia mengabaikannya maka dia termasuk di dalam golongan yang dimaksudkan oleh sebuah hadis yang berbunyi:
"من لا يهتم بأمر المسلمين فليس منهم"[1]
Ertinya:
"Barangsiapa yang tidak mengambil peduli tentang urusan umat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka".

Dalam masa yang sama dia juga boleh tersingkir daripada golongan yang dimaksudkan di dalam sebuah hadis yang lain:
"مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل الجسد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى"[2]
Ertinya:
"Perumpamaan golongan yang beriman itu dari sudut sifat mereka yang saling sayang menyayangi dan mengambil berat antara satu sama lain samalah seperti satu tubuh badan. Apabila satu anggota badan merasa sakit, maka seluruh anggota badan akan turut merasa sakit dan berjaga malam".

Perlu dijelaskan di sini bahawa hukum- hukum Islam itu terbahagi Kepada tiga bahagian:
1) hukum tabligh.[3]
2) Hukum imamah.[4]
3) Hukum qadha`.[5][6]

Hukum qadha` itu ialah segala hukum-hakam yang memerlukan badan kehakiman untuk menyelesaikannya seperti yang berkait dengan jenayah, rumah tangga, muamalah sehari-hari dan sebagainya. Oleh kerana hukum ini tidak berkait dengan perbincangan, maka kita tangguhkan perbincangannya sehingga tiba masa yang sesuai.

Hukum tabligh itu bermaksud segala hukum hakam yang memperkuatkan maksud tabligh yang merupakan perkara pokok di dalam Islam. Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ (٦٧)
67. Wahai Rasul Allah! sampaikanlah apa Yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika Engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah Engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum Yang kafir. (al-Maaidah).

Antara contoh hukum tabligh itu ialah jihad itu sendiri. Boleh jadi ada sesetengah pihak yang tidak bersetuju jihad itu diklasifikasikan sebagai hukum tabligh. Tetapi jika kita meneliti perkataan jihad yang digunakan di dalam al-Quran, didapati tidak semuanya bermakna jihad qitaliy (peperangan). Antara firman Allah SWT:
لَكِنِ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ جَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ وَأُولَئِكَ لَهُمُ الْخَيْرَاتُ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (٨٨)
88. (Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang Yang beriman bersamanya, berjihad Dengan harta benda dan jiwa mereka; dan mereka itulah orang-orang Yang mendapat kebaikan, dan mereka itulah juga Yang berjaya. (at-Taubah).

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ (٦٩)
69. Dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya.(al-Ankabut).

Sebahagian daripada Ahli tafsir mentafsirkan jihad di dalam ayat surah al-Ankabut ini sebagai bersabar di dalam melakukan ketaatan, menuntut ilmu, melawan hawa nafsu dan menghidupkan sunnah Nabi SAW di samping berperang dijalan Allah.[7]

فَلا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُمْ بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا (٥٢)
52. Oleh itu, janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah Dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka Dengan perjuangan Yang besar dan bersungguh-sungguh.(al-Furqaan).

Setengah ahli Tafsir mentafsirkan jihad disini sebagai berdebat dan mematahkan hujah-hujah musuh di dalam usaha mereka untuk menghina Islam dengan al-Quran.[8]

Maka bolehlah dikatakan dakwah itu sebagai salah satu daripada bentuk jihad. Ini yang dinamakan sebagai jihad lisaniy. Termasuk dalam jihad lisaniy ini ialah memperkatakan kebenaran di hadapan pemerintah walaupun berdepan dengan ancaman bunuh. Sabda Rasulullah SAW:

إن من أعظم الجهاد كلمة عدل عند سلطان جائر[9]
Ertinya:
"Sesungguhnya di antara sebaik-baik jihad itu adalah perkataan yang adil (atau benar) yang diucapkan di hadapan pemerintah yang zalim".

Oleh kerana dakwah dan mempertahankan kebenaran itu sebahagian daripada maksud jihad, maka perlaksanaanya tidak perlu Kepada sebuah pemerintahan Islam dan umat Islam berkewajipan menyebarkan dakwah di mana sahaja mereka berada sama ada mereka itu sudah memiliki daulah islamiah atau belum lagi. Cuma pemerintahan islam itu diperlukan juga untuk melancarkan proses dakwah tersebut dan menjamin kesinambungannya.

Hukum Imamah itu ialah hukum-hukum yang hanya boleh dilaksanakan setelah wujud pemeritahan islam di samping ia boleh memperkuatkan lagi maksud imamah yang merupakan perkara pokok di dalam Islam. Satu ucapan yang masyhur yang dikatakan diucapkan oleh Saidina Usman, khalifah rasyid yang ketiga dalam sejarah Islam berbunyi:
إن الله يزع بالسلطان ما لا يزع بالقرآن[10]
Ertinya:
"Sesungguhnya Allah SWT (boleh jadi) akan menghalang hambanya daripada melakukan perkara yang terlarang dengan cara pemerintahan yang mana perkara itu mungkin tidak dapat dihalang dengan nasihat menggunakan al-Quran".

Sebahagian salafus Salih pula berkata:

الدين أس والسلطان حارس فما لا أس له فمهدوم وما لا حارس له فضائع[11]
Ertinya:
"Agama itu dasar dan pemerintah itu pula pengawalnya. Maka apa-apa sahaja perkara yang tiada dasar itu akan runtuh dan apa-apa sahaja perkara yang tiada pengawal maka ia satu kerja yang sia-sia".

Antara contoh hukum imamah pula ialah perisytiharan perang yang merupakan jihad qitaliyy. Oleh kerana peperangan ini melibatkan maslahat umum dan ia mungkin melibatkan hubungan antara negara, melibatkan jumlah manusia yang ramai, mengorbankan harta benda dan jiwa raga di samping ia memerlukan Kepada perancangan dan strategi yang rapi dan teliti, maka adalah menjadi kewajipan pemerintah untuk menentu dan dan mengawalnya mengikut maslahat dan tuntutan agama. Jadi menganjurkan peperangan itu menjadi fardu ain ke atas pemerintah Islam dan rakyat sesebuah negara Islam itu tidak dibenarkan mengangkat senjata selagi pemerintah tidak mengistiharkannya. Apabila peperangan telah diisytiharkan, maka ia menjadi fardu kifayah ke atas semua rakyat jelata. Jika sebahagian daripada mereka menyertainya, maka itu telah memadai dan gugurlah kewajipan itu daripada semua rakyat. Jika wujud situasi yang menuntut supaya pintu sempadan negara dibuka dan jihad qitaliyy diumumkan, tetapi pemerintah negara Islam terbabit tidak mengistiharkannya atau menyekat rakyatnya daripada menyertai jihad dengan alasan yang tidak munasabah, maka pemerintah tersebut telah melakukan satu dosa yang besar dan penghkianatan terhadap Islam.
من لم يغز أو يجهز غازيا أو يخلف غازيا في أهله بخير أصابه الله سبحانه بقارعة قبل يوم القيامة[12]
Ertinya:
"Barang siapa yang tidak berperang atau tidak mepersiapkan seorang tentera atau tidak menjaga keluarga seorang pejuang dengan baik, maka Allah SWT akan menimpakan malapetaka ke atasnya sebelum tiba hari kiamat".

Mungkin inilah yang menjadi sebab mengapa ada sesetengah pihak beranggapan bahawa jihad itu tidak wajib ke atas umat Islam kerana mereka tidak mempunyai sebuah negara yang melaksakan Islam secara menyeluruh atau mereka berada di bawah pemerintahan golongan yang tidak memandang serius tentang jihad walaupun nama meraka adalah nama orang Islam.
Mungkin ini juga yang menjadi sebab mengapa ada sesetengah pihak beranggapan bahawa jihad itu bukan salah satu daripada wasilah dakwah kerana ia hanya disyariatkan sebagai langkah darurat atau istithna`iy (استثنائي) untuk membenteras kezaliman atau mempertahankan Islam.

Namun satu hal yang perlu difahami di sini ialah jihad qitaliyy itu hanya menjadi tanggung jawab pemerintah Islam selagi ia tidak menjadi fardu ain ke atas semua umat Islam. Apabila musuh Islam telah menceroboh masuk ke kawasan umat Islam, maka jihad itu menjadi fardu ain ke atas semua rakyat negara yang dicerobohi itu tanpa perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pemerintah, ibu-bapa jika seseorang itu mempunyai ibu-bapa, suami jika dia seorang isteri atau majikan jika dia seorang hamba. Perbuatan musuh mencerobohi kawasan umat Islam, merampas harta benda dan mengorbankan nyawa mereka ini sama hukumnya seperti penyamun, perompak dan sebagainya yang dibincangkan oleh para fuqaha` di dalam bab shayyal (صيال). Mereka yang mati dalam mempertahankan tanah air dan harta benda adalah dikira sebagai syahid. Ini berasaskan Kepada beberapa hadis Nabi SAW. Antaranya :
من قتل دون ماله فهو شهيد[13]
Ertinya:
"Barang siapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka dia adalah syahid".

Walaupun begitu, jihad itu bukan sahaja di medan perang atau di medan dakwah seperti yang disebut di atas. Ada beberapa jenis jihad lagi yang perlaksanaannya tidak tertakluk Kepada kuasa pemerintah seperti sumbangan harta untuk mangsa-mangsa perang, pembekalan senjata Kepada mujahidin-mujahidin di negara-negara bergolak seperti Palastin dan Iraq, boikot segala produk musuh, menggesa pemimpin-pemimpin umat Islam supaya mengambil tindakan yang serius apabila salah sebuah negara umat Islam diserang musuh sama ada melalui demonstrasi aman, persidangan-persidangan dan sebagainya. Antara bentuk jihad yang terperting pada hari ini ialah kerja-kerja pengislahan yang dilakukan oleh gerakan-gerakan Islam terhadap sistem-sistem negara umat Islam seperti sistem ekonomi, pentadbran negara, penyiaran, pendidikan dan sebagainya serta mewujudkan masyarakat yang memahami Islam denan sebenar-benarnya. Semua perkara-perkara di atas adalah jihad yang boleh dilakukan oleh umat Islam hari ini kerana ia merupakan hukum tabligh dan mereka dikira berdosa jika meninggalkannya atau cuba menentangnya. Malangnya masih ramai lagi umat Islam yang tidak memahami hakikat jihad itu sendiri bahkan ada pula yang menentangnya kerana kejahilan mereka terhadap agama sendiri.

Menjadi kewajipan Ke atas para du`at Islam untuk memberi kefahaman yang jelas dan sebenar tentang Islam Kepada masyarakat mereka dan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat-matlamat di atas. Tugas yang berat dan mencabar ini menjadi seakan mustahil jika hanya dipikul oleh satu bahu sahaja. Bagaiman pula jika bahu yang tunggal itu digayuti oleh tangan-tangan yang tidak bertanggung jawab?

[1] Mu`ujam as-Shaghir (2:907).
[2] Sahih Muslim (2586).
[3] Tabligh itu bermaksud menyampaikan atau dakwah.
[4] Imamah itu bermaksud pemerintahan atau khilafah.
[5] Qadha` itu bermaksud kehakiman.
[6] Lihat al-Jihad fi al-Islam, Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buthiy.
[7] Lihat Tafisir al-Baghawi sebagai contoh.
[8] Lihat Tafsir at-Thabari dan Ibnu Kathir sebagai contoh.
[9] Sunan at-Tirmizi (2174)
[10] Al-Jadd al-Hathith (1:60).
[11] Tahzib ar-Riasah Wa Tartib as-Siasah (1:95).
[12] Sunan Ibnu Majah (2762).
[13] Sahih al-Bukhari (2348).

Saturday, February 21, 2009

Surat Terbuka Kepada Encik Abd Malek Bin Kahar.( Pegawai Khas Kebajikan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan di Mesir.)

Surat Terbuka Kepada Encik Abd Malek Bin Kahar.( Pegawai Khas Kebajikan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan di Mesir.)
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menarik perhatian Encik Abdul Malik Kahar mengenai ketidak adilan pengurusan encik sebagai pegawai yang diamanahkan untuk menjaga mahasiswa dan mahasiswi Negeri Sembilan di Mesir.
Baru-baru ini encik menghalau keluar dan mengugut menarik pinjaman seorang pelajar perempuan kerana dikatakan menghasut pelajar. Saya merasakan tindakan encik adalah tidak adil dan merupakan kezaliman terhadap pelajar.
Untuk makluman tuan, kami merasakan tindakan pelajar tersebut bukanlah satu hasutan tetapi adalah satu nasihat kepada kawan-kawannya. Adakah seseorang yang menasihatkan sahabatnya untuk tidak pergi rehlah(lawatan) yang dirasakan tidak sesuai untuk perempuan dan ke tempat yang tidak sesuai untuk pelajar Al-Azhar dikatakan hasutan.
Kami bukanlah pelajar berfikiran sempit yang tidak membenarkan pelajar perempuan untuk menyertai rehlah(lawatan). Kami juga menggalakkannya bahkan menganjurkan rehlah-rehlah yang hanya disertai oleh pelajar perempuan sahaja. Tidakkah cara ini lebih baik?
Encik pernah menarik pijaman seorang pelajar disini (Mesir) kerana mengutip zakat yang dikelolakan oleh Persekutuan Melayu Republic Arab Mesir ( PMRAM). Tindakan ini adalah tidak tepat dan sememangnya salah. Rayuan yang dibuat hanya dipermainkan oleh pihak encik. Sehingga pelajar tersebut terpaksa bersusah-payah di akhir tahun pengajian beliau kerana tidak mendapat pinjaman.
Encik pernah menghalau pelajar perempuan keluar dari Rumah Negeri Sembilan ketika waktu malam kerana dikatakan namanya tidak ada dalam senarai penghuni Rumah Negeri Sembilan Kaherah. Adakah bijak tindakan encik berbuat demikian?
Sebelum itu encik membuat ketetapan hanya pelajar-pelajar tajaan MAINS sahaja yang dibenarkan untuk tinggal di Rumah Negeri Sembilan Kaherah. Sejak bila rumah yang dibeli oleh kerajaan Negeri Sembilan tidak layak diduduki oleh pelajar Negeri Sembilan kerana tidak ditaja oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Adalah lebih baik sekiranya pelajar yang tidak dapat pinjaman untuk menduduki Rumah Negeri Sembilan Kaherah kerana mereka tidak mendapat mana-mana tajaan. Bukankah kewujudan Rumah Negeri Sembilan Kaherah ini adalah untuk kebajikan semua rakyat Negeri Sembilan di Mesir ini.
Encik juga pernah mengugut untuk menarik pinjaman pelajar-pelajar baru yang menyertai pogram yang dianjurkan untuk menyambut kedatangan mahasiswa ke bumi Mesir ini. Sedangkan jelas pengisian pogramnya adalah untuk kebaikan mahasiswa di sini.
Ada berita menyatakan polis Mesir datang ke Rumah Negeri Sembilan Kaherah kerana mendapat laporan daripada masyarakat setempat bahawa pelajar di RNSK membuat bising diwaktu malam. Apa tindakan encik untuk kes ini?
Terdahulu, RNSK pernah mengalami kebakaran kecil dikatakan kerana pelajar yang merokok. Apa tindakan encik untuk kes ini?
Saya secara peribadi merasakan tindakan encik terhadap sebahagian daripada pelajar disini dan menjaga sebahagian yang lain adalah sikap doble standard encik terhadap pelajar disini. Banyak perkara yang membawa kebaikan untuk mahasiswa disini dirasakan seperti kesalahan di pihak encik. Sedangkan perkara-perkara yang sebaliknya mendapat perlindungan daripada encik sendiri.
Di sini juga saya ingin mengulas laporan pencapaian pelajar-pelajar tajaan MAINS yang dibuat oleh pihak pentadbiran RNSK.
Bilangan pelajar yang gagal.
1. Perubatan :
i. Lulus 25/28 = 89.2%
ii. Gagal 3/28 = 10.8%

2. Pengajian Islam
i. Lulus 118/158 =74.6%
ii. Gagal 40/158 =25.4%

3. Jumlah pelajar yang lulus 143/186 =76.88%

4. Jumlah pelajar yang gagal 43/186 =23.11%

5. Jumlah pelajar tahun satu yang gagal bedasarkan jumlah pelajar yang gagal 13/44 =29.54%

6. Jumlah pelajar kaherah yang gagal bedasarkan jumlah pelajar yang gagal 28/43 =65.11%

7. Jumlah pelajar tahun satu Kaherah yang gagal bedasarkan jumlah pelajar kaherah yang gagal 12/28 =42.85%

8. Jumlah pelajar tahun satu,dua dan tiga yang gagal bedasarkan jumlah pelajar yang gagal 34/43 =79.06%

Melalui rumusan yang saya buat dapat disimpulkan bahawa:-
A. Pelajar tahun satu yang gagal iaitu sebanyak 29.54 % adalah ketika anak-anak negeri Sembilan di kaherah mesir tidak berpersatuan. Bedasarkan sesi kedatangan pelajar-pelajar tersebut persatuan anak negeri telah dibekukan.
B. 65.11% pelajar dikaherah adalah penyumbang kepada peratus kegagalan sedangkan Pegawai Khas MAINS ditempatkan di kaherah.
C. 42.85 % daripada pelajar di kaherah yang gagal adalah pelajar tahun satu yang ditempatkan di RNSK dibawah seliaan penuh Pegawai Khas MAINS.
D. 79.06% daripada penyumbang peratus kegagalan adalah pelajar tahun satu,dua dan tiga. Ketiga-tiga tahun pengajian ini adalah ketika sesi pentadbiran pegawai khas Mains dihantar.

Kesimpulan.
Kenyataan bahawa anak-anak negeri Sembilan yang tidak berpersatuan meningkatkan prestasi pembelajaran mereka adalah tidak tepat.
Pentadbiran Pegawai Khas Negeri Sembilan bukanlah faktor peningkatan pencapaian pelajar-pelajar di mesir ini. Sekiranya pentadbiaran Pegawai khas MAINS adalah faktor utama peningkatan prestasi pelajar-pelajar Negeri Sembilan apakah pogram yang dilaksanakan untuk membantu pencapaian akademik pelajar selain daripada program motivasi dan kursus bahasa selama dua bulan yang katakan sebagai punca kecemerlangan pelajar negeri Sembilan? Bedasarkan kepada rumusan di atas ternyata program-program yang dianjurkan tidak memadai untuk meningkatkan prestasi pelajar. Benarkah pelajar Negeri Sembilan boleh menjadi Prime Mover kepada pelajar-pelajar negeri lain seperti yang diharapkan? Saya mencadangkan untuk dibuat perbandingan secara adil jika benar pihak encik ingin mengetahui jawapan yang sebenar. Rata-rata pelajar Negeri Sembilan menumpang pogram yang dianjurkan pesatuan-pesatuan lain di sini sebagai persiapan peperiksaan kuliah.
Akhirnya saya dengan rasa rendah diri mengharapkan encik mempertimbangkan segala keputusan yang pernah encik buat. Kami sedia untuk berbincang apa yang terbaik untuk mahasiswa dan mahasiswi disini. Saya juga menyeru untuk dikembalikan kebebasan mahasiswa disini, pinjaman atau zakat dan hak untuk tinggal dan mendapat kebajikan dibawah Rumah Negeri Sembilan Kaherah.

Yang benar,
Helimy Aris. Kaherah Mesir.
790827-05-5253